Saturday, December 17, 2011

Friday, November 4, 2011

CINTAI KEBAIKAN

"Bertakwalah pada Allah SWT dimana juga engkau berada, dan ikutilah kejahatan dengan engerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" (H.R At-Tirmizi)

kejahatan yang dikerjakan seseorang dapat dihapuskan apabila selepas melakukannya diiringi pula dengan kebaikan. kejahatan yang dimaksudkan adalah dosa2 kecil, dan kebaikan yang dapat menghapuskan kejahatan itu seperti sembahyang, wudhu', zikir dan lain2 lagi.

"sesungguhnya kebaikan dapat menghapuskan kejahatan" (Al-Hud : 114)

sebuah hadith yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim menceritakan: seorang lelaki telah mencium seorang wanita, kemudian dia datang kepada Rasulullah SAW untuk menceritakan halnya. Rasulullah SAW diam sahaja hingga diturunkan ayat tersebut. kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki tadi dan membacakan ayat tersebut sebagai jawapan kepada lelaki berkenaan.

lelaki itu bertanya, adakah ayat yang baru turun itu tertentu hukumnya kepadanya sahaja atau bersifat umum? Rasulullah menjawab : "untuk semua orang"


Abu Hurairah meriwayatkan :bahawa Nabi SAW bersabda "demi yang diriku dalam tangannya! seorang hamba yang sembahyang lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, mengeluarkan zakat, menjauhi dosa besar, akan dibukankan baginya pintu2 syurga, kemudian dikatakan kepadanya :masuklah dengan selamat"

berkata Ibnu Mas'ud :"sembahyang lima waktu jadi kifarah (penghapus dosa) yang berlaku diantara masa2 sembahyang itu, selama dijauhi segala dosa besar"

Berkata Ibnu Umar kepada seorang lelaki: "adakah engkau takut memasuki neraka dan engkau suka memasuki syurga? katanya :"ya!" kata Ibnu Umar:"buatlah kebaikan pada ibumu, lembutlah perkataan padanya, berilah makanan kepadanya, tentu engkau dapat masuk syurga selama engkau menjauhi dosa besar"


~Allah knows better~

Friday, October 28, 2011

PENYAKIT TAKBUR

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan engkau dari hembusan sombong" H.R Abu Daud dan Ibnu Majah

Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya, "Mengapa kamu berkumpul di sini? sahabat menjawab, "ya Rasulullah, ini ada orang gila sedang mengamuk. sebab itu kami berkumpul disini". Rasulullah SAW bersabda:

"orang ini bukan gila. Ia sedang mendapat musibah. tahukah kamu , siapakah orang gila sebenar (al-majhuh haqqal majnun?)"

sahabat menjawab, "tiddak ya Rasulullah"

baginda menjelaskan "orang gila adalah orang yang berjalan dengan takbur yang memandang orang dengan pandangan yang merendahan, yang meninggikan dada, mengharap akan syurga Allah sambl membuat maksiat, yang kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikannya tidak pernah diharapkan. itulah orang gila yang sebenarnya. adapun orang ini, dia hanya mendapat musibah sahaja.

Orang gila (majnun) berkar kata 'jannat' ertinya menutupi. dia masih mempunyai akal, tetapi akalnya sudah tidak berfungsi kerana ditutupi oleh kemahuannya yang tidak terkawal dan hawa nafsunya yang sungguh aneh. orang seperti ini tidak dianggap gila oleh Rasulullah tetapi ditimpa penyakit. orang yang disebut majnun oleh Rasulullah adalah orang yang sombong, takbur biadab yang perbuatannya merugikan orang lain. manakala kebaikannya pula tidak memberi manfaat sedikit pun

orang gila hanya terkena penyakit saraf, manakala orang yang takbur adalah gila yang sebenar iaitu penyakis warisan iblis.

Rasulullah bersabda pada Abu Dzar: "Wahai Abu Dzar, Barangsiapa mati dan didalam hatnya ada sebesar debu saja dari takbur, ia tidak akan mencium bau syurga kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya"

Rasulullah bertanya pada Abu Dzar "bagaimana perasaan hatimu"

Abu Dzar " aku mendapati hatiku mengenal kebenaran dan tenteram didalamnya"

Rasulullah bersabda: "yang demikuan itu tidak termasuk takbur. takbur itu meninggalkan kebenaran dan kamu mengambil selain dari kebenaran. kamu melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatanyya tidak sama dengan kehomatanmu , darahnya tidak sama dengan darahmu.."

"tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebeat biji sawi dari takbur (sombong). dan tiada akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari iman" (HR Muslim)

Pada suatu hari Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengatakan pada burung, manusia, jin dan haiwan lainnya : keluarlah dari tempatmu "maka keluarlah mereka dalam jumlah dua ratus ribu manusia dan jin. lalu Nabi sulaiman a.s meninggikan badannya hingga ia mendengar malaikat membaca tasbih. kemudian ia merendahkan badannya sehingga telapak kakinya menyentuh laut. lalu ia mendengar suara "jikalah ada dalam hati kawanmu sombong seberat atom(zarrah) nescaya engkau tenggelam bersama-sama mereka"

Daripada Abu Hurairah r.a bahawanya Rasulullah SAW bersabda:

"orang yang sombong, keraks kepala dan takbur akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam bentuk semut kecil, yang diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka di sisi Allah taala" (H.R Al-Bazzar)

lantaran ilmunya tinggi, puluhan gelaran kesarjanaan dan pingat kebesaran diraja, ia melecehkan orang bodoh, dan mentertawakan kedhaifan dan kefakiran mereka. lantaran ibadah mlamnya yang kuat, ia merasa paling soleh di antara seluruh makhluk di bumi. ia sombong dengan kesolehannya, dengan bacaan qurannya, dengan puasa sunanyadenga sedekahnya. dan dengan pelbagai ketakburan lainnya. inilah ulama' dan faqih majnun.

mari kita teliti diri kita, adakah sifat takbur ini wujud dalam dri kita?

~allah knows better~

BERSIKAP MERENDAH DIRI


"telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW. Lalu berkata: "Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku suatu amal yang apabila aku kerjakan, dikasihi aku oleh Allah SWT. dan dikasihi aku oleh manusia." Maka Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah, dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia."

Para sahabat berkumpul membincngkan seseorang yang mereka kenali sangat dengan kesolehannya dan kezuhudannya. Mereka sebut nama dan sifat²nya di hadapan Rasulullah SAW. baginda hanya diam. Belum selesai mereka membicarakan kebaikannya yang lain, orang itu muncul. Sahabat berteriak, "itulah orangnya!" Nabi SAW bersabda:

"Kamu membicarakan seseorang yang telh disentuh oleh syaitan di wajahnya"

Tidak berapa lama kemudian, orang itu menghampiri, berdiri di antara para sahabat, tanpa mengucapkan salam. Rasulullah SWT bertanya kepadanya: "Demi Allah adakah kamu berkata dalam hatimu ketika berdiri di depan majlis ini: Tidak ada seorang pun yanglebih utama dan lebih baik dariku?" Ia menjawab: Memang benar begitu". segera ia meninggalkan majlis itu dan pergi ke masjid untuk solat sunat.

tiba² Rasulullah berkata:" siapa yang mahu membunuhnya?"

Abu Bakar pergi dan menyusul orang itu. tidak lama kemudian ia kembali lagi kehadapan Nabi SAW sambil berkata: "aku segan membunuhnya ketika sedang solat. Bukankah tuan melarang kami membunuh orang yang sedang solat?" Rasulullah SAW mengulangi lagi perintahnya. kali ini Umar bin Khattab pergi ke masjid. Ia juga kembali beberapa masa kemudian.

"kudapati dia sedang meletakkan dahinya bersujud dengan khusyu'. aku segan membunuhnya", kata Umar

Sekali lagi Rasulullah mengulangi perintahnya. Sekarang Ali yang pergi. Tapi ia pun kembali dan berkata "yaRasulullah, aku tidak berhasil menjumpainya. mendengar itu Rasulullah bersabda:

"sesungguhnya orang ini dan kelompoknya membaca Al-Quran, tetapi bacaannya hanya sampai di kerongkongnya sahaja. Mereka terlepas dari agama seperti mana terlepasnya anak panah dari busurnya. Sekiranya orang ini dibunuh, tidak seorangpun di antara umatku akan berpecah belah." (musnad Imam Ahmad, Al-Ishabah )

siapakah orang itu? mengapa ia mesti dibunuh? Para ahli hadith tidak menjelaskan asal usulnya. ia hanya dikenali dengan gelarannya sahaja, iaitu Dzu Tsudayyah

~Allah know better~